Kegilaan Filipina pada Sabah



Kegilaan Filipina pada Sabah tidak pernah pudar. Baru-baru ini, salah seorang ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Perwakilan Filipina (Rufus B Rodriguez) dari Cagayan de Oro, membuat cadangan RUU (rang undang-undang) pindaan bagi memasukkan kawasan maritim dituntut Flipina di Laut Cina Selatan dan wilayah Sabah ke dalam peta Filipina.

Ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah yang menyifatkan cadangan tersebut adalah tidak masuk akal.

Isu tuntutan wilayah Sabah oleh pihak-pihak dari Filipina bukanlah baru.

Pada tahun 2001, Filipina telah membuat permohonan untuk mencelah dalam prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di antara Malaysia dan Indonesia.



Tatkala Malaysia & Indonesia memohon semakan oleh ICJ terhadap kedaulatan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan di Sabah, Filipina secara tiba-tiba muncul dan mendakwa mereka berhak untuk berada dalam prosiding terbabit oleh kerana ‘kepentingan’ nya terhadap Sabah.

Kepentingan yang didakwa wujud oleh Filipina sebenarnya tidak wujud apabila mahkamah memutuskan bahawa permohonan Filipina ditolak.

“In the present case the Philippines has, in my opinion, failed to make its claim sufficiently plausible by not providing answers to highly pertinent questions which were put during the oral proceedings. I regret that the Court has not explicitly said so. A State which wishes to inter- vene should know that, in order to be allowed to do so, it must establish with fully convincing arguments the legal interest which may be affected by the Court's decision.”

Berkenaan isu bahawa Sabah merupakan sebahagian dari Kesultanan Sulu, mahkamah menyatakan;

“The failure to explain with sufficient clarity its own claim and the underlying legal instruments is therefore an argument which is additional to the Court's finding that the treaties and agreements furnished by the Parties either form no part of the arguments of the Parties in the main case or do not bear on the issue of retention by the Sultanate of Sulu of sovereignty over North Borneo; in combination, both lead to the conclusion that the Philippines has not been able to demonstrate that its legal interest may be affected by the Court's decision.”



Ketika era pemerintahan Sulu, wilayah Kesultanan Sulu di Sabah hanya merangkumi bahagian timur Sabah, ianya tidak merangkumi bahagian pantai barat seperti yang banyak dikatakan pada media masa kini.



Kawasan tersebut diberikan oleh Kesultanan Brunei kepada Kesultanan Sulu kerana waktu itu Sultan Sulu ialah anak kepada Sultan Brunei ke-9.

Namun, apabila Sepanyol mula menguasai seluruh Filipina, seluruh kawasan termasuk kawasan di bawah pemerintahan Sulu (tidak termasuk Borneo Utara) diserahkan kepada Sepanyol. Apabila British bertapak di Borneo Utara, maka terbentuklah sebuah protokol yang dinamakan Protokol Madrid 1885. 

Protokol ini adalah bagi mengiktiraf pendudukan Sepanyol di keseluruhan kepulauan Filipina dan menjatuhkan segala tuntutannya pada Borneo Utara (sekarang dikenali sebagai Sabah).

Pada 11 Februari 2013, berlaku satu pencerobohan di bahagian timur Sabah yang didalangi oleh pengikut salah satu waris palsu iaitu self-proclaimed Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III. 



Kedatangan mereka kononnya adalah bagi menuntut pengiktirafan kedaulatan ke atas Sabah dan hak untuk selama-lamanya tinggal di Sabah.



Perlakuan ini telah ditentang sekeras-kerasnya oleh kerajaan Filipina dan juga Presiden Filipina pada masa itu, Benigno Aquino III.

Pada Mei 2020 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Mahkamah Malaysia telah memutuskan bahawa Filipina tidak mempunyai hak untuk merujuk isu kedaulatan Sabah ke Mahkamah Timbangtara Antarabangsa di Sepanyol.

Kes yang bernama Kerajaan Malaysia v Nurhima Kiram Fornan [2019] tersebut itu menyatakan bahawa Filipina tidak mempunyai hak untuk membawa kes tuntutan kedaulatan Sabah ke muka pengadilan antarabangsa.

“The 1939 Suit, which was brought by the then-existing heirs to the Sultan of Sulu, was evidence that the previous heirs and successors of the Sultan of Sulu have recognised and acknowledged that there is no arbitration provision in the Deed of Cession. The act of the previous heirs and successors of the Sultan of Sulu in bringing their cause before the High Court of the State of North Borneo is a deemed waiver of any form of arbitration under the Deed of Cession. Therefore The High Court held that the there was no valid and binding arbitration agreement between the Government of Malaysia and the heirs of the Sultan of Sulu.”

Mengapa Filipina begitu berminat dengan Sabah? 

Jika peta Asia Tenggara dihamparkan, kedudukan Sabah dilihat berada di tengah-tengah pusat Asia Tenggara, sekaligus menjadikannya satu lokasi yang sangat strategik untuk tujuan perdagangan antarabangsa.



Di samping itu, Sabah terkenal dengan kekayaan sumber alam, dan tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Sabah antara negeri utama yang merekodkan jumlah pelancong tertinggi di Malaysia setiap tahun, malah antara tempat pelancongan menarik di Asia.

Berikutan tuntutan merepek ini, kerajaan perlu melipat ganda kawalan keselamatan di Sabah untuk mengelak dari kejadian yang sama berulang kembali.

Comments

  1. Using common-sense whereas searching, corresponding to logging out net sites|of websites} as soon as} you’re finished and utilizing robust passwords, will assist you to keep safe and secure. Some of those on our record come with automated wifi safety for all networks or individual ones have the ability to|you probably can} specify. Make positive you do this earlier than connecting to the community because it doesn’t take lengthy for a hacker to steal your details. Live chat assist means your questions shall be answered promptly, and you’ll have entry 카지노사이트 to remote assist for setup and troubleshooting. A PrivateVPN plan will allow as much as} 10 simultaneous connections. Good set of security features and completely no connection or bandwidth limits.

    ReplyDelete

Post a Comment

Join the biggest Legal Community Group in Malaysia On Facebook

Like our page on Facebook

Contact Us

Name

Email *

Message *

Total Visitors